Sunday, April 26, 2009

Tak Sedar Diri

Aku kembali menghirup asap-asap putih yang mengandungi lebih 4,000 bahan kimia termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan.

Seolah-olah aku tak pernah berkejaran ke hospital selama 3 hari berturut-turut untuk menyedut nebulizer, disuntik steroid hingga kebas lidah, dan telan kurang lebih 15 biji pil setiap hari selama seminggu.

Ya, manusia mudah lupa. Lagi-lagi melayu.
Ya, aku manusia berbangsa melayu. Aku tak pernah lupa itu.

Penat.

Otak, hati, jiwa, tubuh.

Just plain tired.

Seperti mahu terbang. Melayang-layang.
Tanpa arah, tiada tuju.
Biar hanyut.
Berlandas angin, berpaksi udara.


Tolong.

Tinggalkan aku dengan asap-asap putih ini.
Biar aku hela dalam-dalam, puas-puas.
Kemudian hembus kepul-kepul keluar.
Moga semua kusut ikut sekali.


Tolong.

0 Comments:

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates